<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8784858?origin\x3dhttp://nonsense-taboo.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



NONSENSE-TABOO.BLOGSPOT.COM

Thursday, May 18, 2006

this poem i created is dedicated to YOU
okay?
read it carefully.
--------------------------------
Sayang,
ibarat laut yang luas lagi tenang;
selamlah ke dasarnya.
Akan dikau dapati
rahsia sebuah mimpi
Akan dikejuti
rahsia sebuah misteri.

Dikau ibarat laut,
tenang dan indah kelihatannya.
Namun pabila dirobohi
pintu egoismu
yang kental lagi kebal,
segala rahsiamu adalah rahsiaku.
Dasarnya kau memang indah.
Dihiasi cahaya sang mentari.
Tiba-tiba sang mentari hilang melarikan diri
di sebalik awan mendung.
Sedarilah kekasihku
sinaran matamu
yang dahulu menerangi hari-hariku,
kini sirna ditenggelami
awan nan resah.

Percayalah kekasihku
ianya hanya sementara.
Titisan air hujan adalah
potret hatimu nan luka.
Curahkanlah sebanyak mana
dikau mahu.
Sesungguhnya
aku akan tetap berada di sampingmu
tika suka tika duka.
Akan tetapi satu pintaku.
Dengarlah rayuanku ini.
Bukalah pintu hatimu.
Benarkanlah aku menyelami
ruang hatimu nan sunyi yang
penuh dengan rahsia hakiki.
Terangkanlah kedudukanmu
agar aku dapat memahamimu.
Ingatlah pesanku
wahai kekasih pujaanku.
Seiirangan kita bukan kerana cinta
malah keikhlasan hati
Fahamilah kekasihku.
TAMAT.
---------------------------------
hahs.
i know its merepek.
it's the best i could do in like 10 minutes.
I hope you get what i mean.=)


cheer me;
7:33 AM